Orang Asli Mahabbah Program 6




Beberapa moment yang aku taknak lupakan.

Moment 1 : Di rumah 5 (Abe Samad)


"Dari mana ni amek?"
"Dari surau. Belajar mengaji. Masa ini aje amek boleh belajar mengaji. Lepas ini tiada siapa lagi boleh mengajar selepas kamu balik. Anak-anak boleh belajar di sekolah. Ini amek tiada siapa yang boleh ajar."
Runtun hati mendengar. Begitu bersungguh amek-amek mahu belajar.
Banyak lagi sebenarnya kerja kita yang tidak selesai dan tidak akan selesai.


Aini, Hanisah, Abe samad, Ame Rosita, Kak Ummi, Aishah


Moment 2 : Di rumah 35
Explorace masak dekat rumah abe xxxx. For the first time aku masak ayam kicap sebab kena suruh. Guna ayam kampung pulak tuh. Mujur sedap sebab umar asyik menambah je bila makan hahah. 

Moment 3 : Cincin
Hari terakhir zatie nangis sebab cari cincin emas dia. Tetiba tercicir. Dia cari lepas subuh sampai pukul 8. Dahla pukul 8.30am nak gerak balik dah. Memang semua orang tolong cari la tapi x jumpa2 juga. Lepas tu aku pergi la jumpa tawfiq nak tanya pasal barang catering. Sembang2 lepas tu tawfiq kata macam ni :
"Aishah, tadi waktu makan aku jumpa cincin dalam makanan aku."

Dalam hati aku cakap "Eh tu mesti cincin zatie."
"Weyh serius la? Tahu tak zatie nangis2 cari cincin dia. Hahah bak sini cincin tu."
Dan semua orang yang tahu zatie tercicir kan cincin dia gelak je dengar cerita aku tuh.

Macam dalam drama pulak jumpa cincin dalam makanan hahah seyes kelakar. Tapi takdir Allah aku tergerak hati nak jumpa tawfiq before balik dan takdir Allah juga tawfiq ambil tapau yang ada cincin zatie. Sebab banyak lagi tapau makanan yang tak bersentuh then aku bagi anak2 orang asli makan.

Moment 4 : Rumah Buluh

Sepanjang 5 hari berprogram aku tidur dalam rumah buluh. Tidur beratapkan zink berlantaikan buluh. Seronok tu seronok la sebab tak pernah rasam tidur dekat rumah buluh macam mana. Tapi sejuk dia tu mashaAllah hanya tuhan je tahu. Hari 1st tu asyik tersedar je sebab sejuk sangat. 











Comments

Popular posts from this blog

Hilang

Sahabat