Posts

Showing posts from March, 2015

Hilang

Image
Di saat kau belek album-album lama,  tulisan-tulisan lama,  barang-barang lama dan kenangan-kenangan lama,  kau tahu kau ada kehilangan sesuatu. Sesuatu yang kau takkan dapat dengan mudah walau dibayar sejuta. Khabarkan pada aku,  apa yang lebih menyedihkan  daripada tahu hakikat bahawa  kau telah kehilangan diri kau sendiri? Dan untuk dapatkannya kembali  perlukan pengorbanan yg bukan mudah,  yang kau tahu dulu untuk dapatkannya  kau sudah tertumbuk ke tanah. Rupanya rindu pada diri sendiri itu.. perasaannya lebih sadis sekali.  Heh. --ChampakZine--