Hilang
Di saat kau
belek album-album lama,
tulisan-tulisan lama,
barang-barang lama dan kenangan-kenangan lama,
kau tahu kau ada kehilangan sesuatu.
Sesuatu yang
kau takkan dapat dengan mudah walau dibayar sejuta.
Khabarkan
pada aku,
apa yang lebih menyedihkan
daripada tahu hakikat bahawa
kau telah
kehilangan diri kau sendiri?
Dan untuk
dapatkannya kembali
perlukan pengorbanan yg bukan mudah,
yang kau tahu dulu untuk
dapatkannya
kau sudah tertumbuk ke tanah.
Rupanya
rindu pada diri sendiri itu.. perasaannya lebih sadis sekali.
Heh.
--ChampakZine--
Comments
Post a Comment